Sunday 14 August 2016

Muntah - Muntah Lagi Ketika Hamil

Salam, hai semua? harap sihat2 hendaknya kwn2 di sana..ok, semalam baru je post pasal muntah..hari ni pun sama, ada lg nk story. Sila jgn bosan..haha.. Semalam sarapan pagi nasi lemak dan kuih karipap..makan ok je selera..selepas tu masuk tengahari, aku dah mula mual..tekak nak muntah dah ni..sedaya upaya tahan dan akhirnya muntah jgk. Segala nasi lemak dan kuih karipap yg aku dah makan masa sarapan tu habis semua keluar balik.. 😭

Bukan setakat tu je, ada lg ni.. petang dalam pukul 4 camtu la, perut terasa lapar..aku makan nasi ayam tu pun dah bagi separuh kat suami aku.. tinggal separuh untuk aku.. tengah makan tu tiba2 rasa macam dah penuh je..dah senak..tak habis aku makan, ada la dalam 6 ke 7 suap nasi..ada lg balance nasi aku tu.. dah tak boleh habiskan, aku ke dapur la cuci tangan.. dah siap tu tiba2... uweekk!! uwekk!! muntah..berlari aku masuk toilet takut tak sempat sebab dah terkeluar sikit tu. Aku pun memuntahkan la segala nasi ayam yg dah di telan tu. Sayang kot baru je makan dah keluar balik.

Malam tu aku makan bubur, alhamdulillah tak muntah..rasa nye boleh telan bubur jelah.. dah tu makan yg lain semua keluar balik..sob, sob.. waktu tgh malam pukul 12 camtu la..aku dah start loya balik, cepat2 tidor sebab tak nak muntah..yes berjaya tak muntah..hahaha

Keesokkan paginya, hari ni lah..suami pegi beli sarapan roti canai dengan dua pilihan kuah kari dan kuah dal sambal. Berselera aku makan roti canai tu, happy la dapat makan dgn bahagia..hahaha.. tapi bahagia sekejap je, 15 minit selepas makan roti canai..aku loya semula..asik uwekk!! uweekk!! dan terus la termuntah.. keluar la segala roti canai yg aku makan tadi.. (T_T) lepas muntah tu ,aku rehat sekejap..dah rilex setengah jam..aku sambung buat keje umh jemur kain..

Tapi...tak lama tu lepas jemur kain..tgh syok lipat kain baju pulak.. lagi sekali aku loya..mual..tak boleh jadi ni.. tapi apa kan daya, aku tak mampu nak tahan.. lagi sekali aku muntah..muntah2 sesungguhnya sampai dah takde apa yg boleh dikeluarkan lagi..senak perut, perit tekak sambil muntah, sambil nangis. T_T

Sekarang ni pun aku tgh tak sedap badan, tapi cuba la bertahan sambil story mory kat blog kesayangan ni..hihi.. petang2 nanti tak tahu la macam mana..muntah ke tidak.. semoga aku terus bertabah melalui hari2 aku dengan muntah. Sepanjang masa nak dekat dgn toilet je..ahahaha.. ok setakat ni dulu kisah aku dan muntah.. nanti ade cerita, aku kongsi lg wokehh..

*****************************

Sambungan dari tengahari tadi, ok mase petang tadi aku makan nasi dgn lauk ayam..makan sikit je dalam 5 ke 6 suap..tapi perut terus start tak selesa..aku stop makan dan aku mula loya, mual.. tak lama tu aku muntah lagi..keluar nasi yg aku makan tadi.. ingatkan dah berakhir, waktu maghrib jam 7.30 mlm, aku muntah lagi sekali..kali ni muntah kosong yg kuning tu..memang siksa terasa payau muntah tu.. macam biasa la aku muntah sambil nangis.. T_T

Lepas muntah, aku melepek dalam bilik atas katil dan perut masih lagi loya..terasa macam nak muntah ni.. alahai, dugaan sungguh.. bila jadi macam ni, aku rasa macam nak benti kerja jek.. tak larat oii.. kalau boleh nak sentiasa dekat dengan toilet.

Bila tak makan rasa lapar, so pegi la makan..tapi dah makan, tak boleh banyak pulak..6 ke 7 suap nasi, aku dah kenyang pastu mula la mual dan loya..apa lagi terus muntah.. T_T  macam mana ni???

Pastu mkn mlm nak mkn bubur, baru mkn 5 sudu plastik tu, uwekk!! muntah lagi.. muntah sampai perit tekak ni..pastu nangis lagi..tapi tak tau la kalau korang yg alami morning sickness ni mmg tahan, rilex mcm takde apa kan..tapi aku mmg tak tahan.. siksa badan.. T_T

No comments:

Post a Comment